Sabtu, 30 Maret 2013

gula alternatif



Stevia adalah sejenis tumbuhan herba yang dikenali juga sebagai “POKOK GULA”. Nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA, bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat daunnya yang dihasilkan boleh menggantikan gula.

Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Berasal dari Paraguay, ia telah mula digunakan sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis minuman dan makanan.

Stevia juga digunakan sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing, menguatkan otot organ hati, anti bakteria, anti penyakit kulat, anti virus dan merawat luka terbakar.

Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid, boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetes.

Kelebihan Stevia :

1. Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.
2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
3. Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.
4. Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan.
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes dan Hypoglycemia).
6. Membantu menurunkan tekanan darah.
7. Membantu sistem penghadaman badan.
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).
10. Melawaskan pembuangan air kecil.

0 komentar:

Posting Komentar